Pokok ni dapat tumbuh dengan keratan batang daripada Pudina yang dibeli di Pasar. hanya perlu cucuk ke tanah & siram selalu. Namun pokok ni tak berapa tahan dalam satu2 pasu & kena selalu ambil batang dan cucuk di pasu lain untuk pastikan pokok ini sentiasa ada di laman rumah.
Untuk projek ni, saya cari bekas kaca yang tidak digunakan lagi. Isi bahagian paling bawah dengan batu-batu kerikil, isikan tanah, tanamkan kaktus dan tambahkan batu-batu kecil berwarna di bahagian atas untuk hiasan.
Projek ilham daripada projek semasa tingkatan 3 kemahiran hidup. Saya cuba untuk aplikasi pada pokok kaktus, cuma bezanya sekarang, bekas kaca ruang terbuka. Kalau mengikut projek terrarium dahulu, pokok kecil ditanam didalam botol. Pokok mendapat air dari pernafasannya sendiri dan tidak perlu disiram dalam jangka masa yang lama.