Nuffnang
Thursday 27 December 2012
Wednesday 14 November 2012
TanamSendiri.com -- Grow Your Own: Semburan Makhluk Perosak
TanamSendiri.com -- Grow Your Own: Semburan Makhluk Perosak: Apabila pokok diserang makhluk perosak, lazimnya ia boleh dikutip dan musnahkan. Namun begitu, jika makhluk perosak bersaiz kecil, misalny...
Laman bebas rumpai
Laman bebas rumpai
KEHADIRAN rumpai sering merunsingkan terutama jika jumlahnya lebih banyak daripada rumput dan tumbuhan yang ditanam sehingga mengganggu dan mencacatkan pemandangan indah di laman kediaman.
Berikut adalah beberapa teknik yang boleh diguna pakai dengan menggunakan barang keperluan harian yang murah dan mudah bagi menyelesaikan masalah rumpai yang mengganggu pertumbuhan tanaman hiasan di laman.
Langkah 1
Gunakan fabrik laman menutup batas atau kawasan sekitar tanaman. Di pasaran ada beberapa fabrik yang sesuai dan tahan lama. Penggunaan plastik tanaman juga sesuai bagi membantutkan pertumbuhan. Cara ini berkesan namun mengambil masa sedikit. Dapatkan fabrik ini daripada nurseri bunga atau kedai peralatan tanaman.
Langkah 2
Buat bancuhan racun rumpai sendiri dengan mencampurkan empat cawan air dengan dua sudu makan cecair peluntur. Kemudian sembur cecair ini kepada rumpai. Namun pastikan tidak kena pada tumbuhan yang ditanam kerana akan menyebabkan tanaman turut mati.
Langkah 3
Sembur cuka di kawasan rumpai tumbuh, dan lakukan selalu bagi menyekat pertubuhan rumpai berkenaan.
Langkah 4
Siram kawasan rumpai tumbuh dengan air panas dan lakukan selalu. Sudah pasti rumpai tidak akan tumbuh. Selain itu, boleh campurkan sedikit garam untuk kesan lebih ketara.
Langkah 5
Letakkan surat khabar di sekeliling kawasan tanaman hiasan dan jadikan ia sungkupan untuk tumbuhan berkenaan. Ia juga akan menyejukkan lagi akar pokok terutama ketika cuaca panas selain memberikan kelembapan kepada tanah.
Langkah 6
Selain surat khabar, boleh juga digunakan sabut kelapa untuk menutup kawasan sekitar tanaman hiasan. Sabut kelapa tanpa kulit boleh dibeli di nurseri bunga. Cara ini juga bagi menyekat kehadiran serangga seperti semut dan siput yang merosakkan tanaman. Lebih baik campurkan sedikit minyak.
Info
Bancuhan elak rumpai
Tuesday 28 August 2012
Thursday 23 February 2012
Wednesday 22 February 2012
Thursday 9 February 2012
Sunday 5 February 2012
Tuesday 31 January 2012
Sunday 29 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)